Sunday, 29 April 2012

Freebies: Assalamualaikum


http://i.imgur.com/T98H5.png



http://i.imgur.com/esp2R.png 



http://i.imgur.com/Lwmvx.png



http://i.imgur.com/Ld8XV.png 





p/s: ambil la yang mana berkenan ^^

Saturday, 28 April 2012

Tutorial:Design Layout Blog Sendiri (FOOTER)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya sampai la ke part yang terakhir untuk design blog korang..hehe..Ok footer ni bahagian bawah sekali blog korang. So kita mulakan erk..


1.

Tickkan kotak expand widget templates dan tekan ctrl+f untuk memudahkan pencarian. Sekarang, cari code nie:

#footer {

Dekat bawah  code tue, korang akan jumpa code yang macam nie..

#footer {
width:660px
;clear:both;
margin:0 auto;
padding-top:15px;
line-height: 1.6em;
text-transform:uppercase;
letter-spacing:.1em;
text-align: center;
}

2. Pastue korang highlightkan code dekat atas dan just gantikan dengan code yang dekat bawah nie.

#footer {
clear:both;
margin:0 0 0 0;
padding-bottom:70px;
padding-top: 20px;
line-height: 1.6em;
text-transform:normal;
letter-spacing:.1em;
text-align: center;
background: url(Masukkan URL Footer Anda Disini)no-repeat bottom center;
height: auto;
}

3.Ok, korang nampak kan perkataan 'masukkan URL Footer Anda Disini' yang  warna merah tue, korang letakkan url image yang korang nak jadikkan footer.


4.Create new files dekat photoshop dengan width 1000px. height tak kisah berapa pun. nie contoh footer yang CZ buat.




Upload footer yang korang buat di SINI atau SINI dan dapatkan image url.


5.Kalau dah siap, blog korang akan nampak macam nie. Dah siap!




CZ buat nie ada silap cikit kat bahagian footer tue..hehe..tapi korang mesti lagi teror kan dari CZ bab design2 nie. so wish u luck!

p/s: CZ gunakan tutorial ini untuk design blog CZ =)

Thursday, 26 April 2012

Sehari Bersama Menyambut Birthday Si Dia =)

Assalamualaikum.


Penat CZ jalan-jalan satu hari ni..tapi penat-penat pun still rasa happy sangat sebab dapat luangkan masa dengan si Dia (birthday boy!). Dari pukul 11.30 pagi sampai la dekat pukul 9 malam, baru kami balik puncak. *adik-adik jangan tiru aksi nie taw, mesti balik awal.*

First, kami pergi ke Secret Recipe untuk menghilangkan rasa lapar sebab belum sarapan lagi. so kira macam brunch la jugak. Ok untuk CZ, CZ order nasi goreng dengan sate atau fried rice with satay. korang dah pernah try? CZ ingat nak ambil gambar untuk tatapan korang *sebenarnya nak bagi jeles..hehe* tapi sampai ja order, terus CZ makan*lapar sangat*..dah tinggal separuh baru CZ ingat nak ambil gambar..huhu

Yang birthday boy pulak makan chicken lasagne..CZ tak tahu apa yang sedapnya..masing-masing ada selera masing-masing kan. CZ nie jenis yang suka makan nasi, western food kurenng sikit. CZ sokong masakan melayu! haha




Nie la birthday boy!


Hah part yang paling eksaited sekali. Dah lama CZ mengidam makan split banana...and termakbul jugak  hajat CZ sebab dekat secret recipe ada banana split! sangat teruja hokeyyy..




Sangat sedappp..guuulppp*sambil telan air liur* rasa nak makan lagi...


Selesai makan, CZ jejalan kat Sunway sampai la kaki kami sakit..hehe macam takda keja jak kami nie kan..

Before balik, kitorang sempat tengok Battleship! Thumbs up la untuk cita ni. sangat best. dan berbaloi la duit Rm12 tueee..Tengok tawww..sangat rugi kalau tak tengok..




Itu sahaja entry kali nie. Bye!




duckface =.="




Boleh Semak Sekarang!

Assalamualaikum.


Berita gembira untuk semua pelajar yang ambil MUET Mac/2012! Hari ini (26/04) kita dah boleh check result~!! Ok CZ sangat gembira. hehe


Alhamdullilah. CZ dapat band 3. XD.


korang pulak?




Happy Birthday awak! =)

Assalamualaikum.


Wednesday, 25 April 2012

Tutorial:Design Layout Blog Sendiri (HEADER)

 Assalamualaikum.


Semalam CZ ada buat tutorial design layout sendiri untuk part BODY kan? bagi sesiapa yang belum terjah, tekan SINI.

Sekarang ni kita akan ke fasa yang kedua iaitu design part header pulak. So, jom kita mulakan pengembaraan bersama CZ!



1)


2) kalau korang perasan, dekat blog tue ada border kan kat bahagian header. Kita nak hilangkan border tue. So, tekan ctrl+f serentak dan cari code kat bawah nie di kotak search.

#header-wrapper { 

dibawah code tue, korang akan jumpa macam ni:

#header-wrapper {
 width:660px;
margin:0 auto 10px;
border:1px solid $bordercolor;
}

#header-inner {
background-position: center;
margin-left: auto;
margin-right: auto;
}  

Delete code tersebut.

3) Di bawah code yang korang delete tue, korang mesti akan jumpa code yang kat bawah nie. Confirm jumpa punya laa

#header {
margin: 5px;
border: 1px solid $bordercolor;
text-align: center; 
color:$pagetitlecolor; 

}


#header h1 {
margin:5px 5px 0; padding:15px 20px .25em;line-height:1.2em;
text-transform:uppercase;letter-spacing:.2em;
font: $pagetitlefont;
} 

Kemudian gantikan code yang diatas dengan code yang di bawah nie.


#header {
width: 1000px;
height: 300px; 
border:0px solid $bordercolor;
color: $pagetitlecolor;
 text-align: center; 

#header h1 {
margin:0px 0px 0;
padding:15px 20px .25em; line-height:1.2em;
text-transform:uppercase;
letter-spacing:.2em;
font: $pagetitlefont;
 }
sekarang nie kita dah tetapkan lebar layout kita 1000px sama dengan tutorial BODY kan. yang height tue terserah dekat korang nak letak berapa pun. So korang boleh la search kat internet header-header yang chomel.

4) Step nie untuk sesiapa yang ingin buat header sendiri. Yup, macam biasa kita akan gunakan photoshop untuk buat header. Photoshop>File>New.




Ini adalah contoh header yang saya buat. Korang mesti lagi kreatif kan? so gunakan ke-kreatif-an korang tu untuk menghasilkan header yang cantik.

Oh oh, pastikan background header tue sama colour dengan warna background belog, ok?

7) Untuk upload header,

Dashboard>Design>Page Element>Tekan 'edit' dekat header



Dan keluar la pop out macam nie. Tekan upload dan browse la kat mana korang letak header korang tue dan jangan lupa tick kat bahagian 'instead of title and description' taw..Dah sudah, tekan la butang 'SAVE'.


6)




Blog anda akan jadi macam nie. Nampak tak yang kaler background tue tak sama dengan header. So, kita kena tukar la kaler background blog. Macam mana? Macam ni yaa

Dashboard>Design>Template Designer>Advance>Page Background Colour

DAh siap!




Selamat mencuba! Jangan segan nak tanya k.

CREDIT: BELOGCAPAYAM

WW #3: Good Luck!

Assalamualaikum.


Petang ni CZ dan classmate CZ ada test FAR. =)



Tuesday, 24 April 2012

Tutorial:Design Layout Blog Sendiri (BODY)

Assalamualaikum.


Korang nampak tak blog CZ? Tue CZ design sendiri taw...*bangga sat* Kalau korang-korang semua nak tau macam mana CZ buat..teruskan baca entry nie, OK?

Sebelum tu CZ nak ingatkan yang tutorial nie sangat memeningkan dan memerlukan kesabaran yang tinggi, bagi sesiapa yang tak mempunyai kesabaran yang tinggi, boleh la angkat kaki..hehe..

So, lets begin!!!

1)



2) Kemudian download full template yang sedia ada, nie sebagai langkah berjaga-jaga, takut-takut tak jadi kan?

3) Kat bawah tu, ada Layout Template(launched 2006) kan? So kamu pilih template MINIMA ok.

4) Ok kita start part yang sangat memeningkan, tekan CTRL+F untuk memudahkan pencarian korang cari kod kat bawah nie:

#outer-wrapper {

     Ok, dekat bawah kod tue korang akan nampak benda yang macam nie

#outer-wrapper {
width: 660px;
margin:0 auto;
padding:0px;
text-align:left;
font: $bodyfont;
}

Dah jumpa kan? Dekat situ lebar blog kita 660px kan. tapi boleh ja kalau nak lebar ikut suka kita. kalau CZ,  CZ guna 1000px.


5) Kita beralih arah pulak ke Photoshop untuk design body blog kita tue. ala yang tempat post kita bertempek   tuee..Dah buka photoshop masing-masing? Ok, kalau dah tekan FILE>NEW. Korang tentukan la berapa lebar blog korang.

   

Yang height tue pulak letak berapa pun tak kisah sebab nanti kita akan repeatkan sampai la ke bahagian bawah blog. Kat bawah ni contoh body yang CZ buat. Body ni akan jadi background untuk post and sidebar blog kita.



       
Kalau dah siap boleh la upload kan kat imgur atau photobucket, untuk dapatkan URL IMAGE.


6)  Ok kita balik kepada code yang korang cari tadi. Highlightkan semua dan pastekan code yang kat bawah nie 
pulak:

#outer-wrapper {
width: 1000px;
margin:0 auto;
background: url(Masukkan DIRECT LINK gambar korang di sini) repeat-y;
padding:0px;text-align:left;
font: $bodyfont;
}
*masukkan IMAGE URL di tulisan kaler merah tue.


Kemudian, korang scroll ke bawah dan akan jumpa code yang macam nie:

#main-wrapper {
width: 600px;
float: $startSide;
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}


Dah jumpa kan? Ok gantikan code tadi dengan code yang di bawah nie:


#main-wrapper {
width: 600px;
margin-top: 0px;
margin-left:50px;
float: left;
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}



Kalau dah, korang scroll lagi ke bawah..*nie last sudah kita main scroll2 ke bawah..hehe
Korang akan jumpa code nie pulak.



#sidebar-wrapper {
width: 290px;
float: $endSide;
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}



Wahh..macam tau2 ja kan korang..kita akan gantikan code yang di atas nie dengan yang kat bawah nie:


#sidebar-wrapper {
width: 290px;
float: right;
margin-top: 0px;
margin-right: 25px;
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}


7) Dah selesai copy paste semua benda tu, korang boleh la preview dan blog korang akan jadi macam nie.





And one more thing, mesti segala tulisan akan jadi kabur-kabur atau tak jelas..so korang adjust la kat Dashboard>Design>Template Designer.


Fuhhhhh....lega habis jugak untuk part body..penat la CZ menaip. Nanti CZ update lagi macam mana pulak nak buat bahagian header and footer. Selamat mencuba!




p/s: untuk copy just highlight and tekan ctrl+c serentak.

credit: BELOGCAPAYAM

Usaha Tangga Kejayaan!

Assalamualaikum.


*lap peluh* Penat taw CZ godek-godek blog sendiri pastu godek-godek blog orang lain semata untuk menghasilkan blog CZ yang sekarang nie. So amacam? Ok kan? Ni after percubaan yang keempat atau ketiga, CZ dah tak ingat. 



Gambar yang di atas nie merupakan blog CZ before diubahsuai, and kat bawah ni yang telah diubahsuai. Masih banyak lagi yang perlu CZ improvekan. tapi buat masa nie OK la kan untuk begginer. =)


Cantik kan? hehe.




Monday, 23 April 2012

Debaran Semakin Dekat!

Assalamualaikum.


Dup dap dup dap. Fuhh rasa berdebar yang amat sangat. Aura-aura result macam dah terasa dah. Macam Seram pulak nak nantikan result keluar..huhu..

Minggu ni result final untuk sem 3 dan MUET akan keluar. 26th April bersamaan hari Khamis ini Keputusan MUET akan keluar..ok nie sangat takut, kot-kot tak lepas band 3..huaagghhhhhh!! tak nak la repeat..and 27th pulak result final akan keluar!!

Nampak tak? Macam sengaja ja kan..kenapa la mesti hari yang berturutan..menambahkan ke'neves'an kami. sangat tidak adil..







results, please be nice to me k? *wink wink*






p/s: Hope sangat dapat keputusan yang memuaskan. =)




Sunday, 22 April 2012

Mr. P belanja Carl's Jr yaww

Assalamualaikum.



Ingat tak lagi yang CZ ada bagitau kat entry INI yang CZ ambil test komputer? Ingat tak lagi? CZ assume korang ingat erk..hehe. well, CZ nak bagitau yang CZ LULUS!
Hoyehhh! (~^^)~ ~(^^~).

After habis bengkel tue, CZ dan Mr.P menuju ke Sunway Pyramid untuk melunaskan hajat yang telah lama mengidam Carl's Jr. Lagipun kali nie Mr.P belanja CZ sebab CZ lulus dalam test komputer tue..hehe


walaupon CZ rasa penat yang teramat sangat tapi CZ eksaited nak makan Carl's Jr. ehem..lagi-lagi ada yang nak sponsor kan? haha..terserlah ke'eksaited'an CZ. *perasan tak? CZ pakai lens kaler2   yang besar..hehe



Burger nie CZ yang punya. Nampak tak burger tue? sangat chomel bukan? siap pakai lampin lagi..


Nie pulak celah dalam burger tue. tomato dan daun salad tue sangat segar.



 
Sangat sedap hokeyy fries niee..fries nie ala-ala fries yang kita letakkan rendang daging yang selalu kita makan time raya tue dan tambahkan jugak sedikit cheese...marvellous!  



Okla, tue jak yang CZ nak kongsikan hari nie. Bye!


Friday, 20 April 2012

Doakan saya taww.

Assalamualaikum.





Doakan CZ tau. esok CZ nak ambil test undang-undang. *dup dap dup dap*

Berita baik untuk penduduk Tawau!

Assalamualaikum.


Apa khabar blogger-blogger semua? sihat? kalau yang tak sihat tue, cepat-cepat la dapatkan ubat ya. :) *ada gaya jadi doktor tak? haha

Ok. apa berita baiknya? adakah anda, yes awak la yang tengah baca blog CZ nie..adakah anda tahu yang CZ berasal dari Tawau, Sabah? Tak tau? Sekarang dah tau kan..hehe..




Bangunan apakah diatas nie? Yess, you are right, bebeh! Bangunan McDonald. Mesti korang tertanya-tanya kan apalah yang CZ merepek nie..

Saja CZ nak kongsikan kegembiraan hati yang sangat-sangat la happy dan eksaited sebab..sebab dekat Tawau  kan. esok (20/04) adalah hari pertama pembukaan McDonald. Jyeahhhhhh!!! *scream like a boss* 

CZ tau mesti ada yang komen 'alaaaa, baru ada McD? sangat ketinggalan..' *baca dengan nada sinis*..tapi CZ tak kisah, asal esok dah buka and CZ tak sabar nak balik ke Tawau..




eh, kat KFC pulak. hehe

'Tawau, wait for me!!!'


Wednesday, 18 April 2012

Monday, 16 April 2012

My Bestie. Miss them all.

Assalamualaikum.


Sudah 2 tahun CZ meninggalkan alam persekolahan. and yes CZ sangat-sangat rindu untuk kembali ke alam persekolahan terutamanya kembali ke Maktab tercinta. Dulu, bukan main lagi benci bila balik maktab siap bagi gelaran lagi like 'prison' and 'penjara'. haha. so childish. And now, baru la rasa betapa best nya time dekat maktab dlu. Dikelilingi kawan-kawan 24 jam dan cikgu yang mengenali kita. oh miss that momment.


my bestie
*syera, fathi, jujut, pqa, me, pqa, era, tasyie, suraya n lyn(xda dlm gmbar)*


Setelah 2 tahun baru dapat jumpa balik, tue pown tak semua...wuaghhhh..rindu beb dengan dorang-dorang nie.





 *era, tasya, me and syera*


Tak banyak pun yang berubah dengan kami nie..hakhak. still sama ja. I wish I can meet and hangout with them all.


BFF

Monday, 9 April 2012

Intersesi: DAY 1

Assalamualaikum.


Sob..sob.. CZ sangat jeles dengan u ollss semua espescially budak-budak diploma yang of coz tengah bergembira meraikan cuti mereka selama 2 bulan. weyhhh, untung la koranggg..

CZ dan kawan-kawan pulak still stuck di puncak perdana untuk menhadapi intersesi selama 6 minggu. kami pown nak cuti jugakkk *nak jugak! nak jugak! Well, sapa tau apa tue intersesi? kalau ada yang tak paham, boleh tanya kat ruang comment dekat bawah..*hehehe..cara nak dapatkan comment korang la niee..

Tapi CZ tau takda yang nak comment, so meh CZ habaq kat hangpa-hangpa semua apa tue intersesi, ok? Intersesi bagi kami untuk budak-budak akaun nie adalah sebuah program yang kami wajib hadiri sebab kami akan belajar 2 subjek untuk membolehkan tempoh masa diploma kami dipendekkan. paham? Kalau tak paham jugak, boleh tanya CZ di ruang comment bawah..hehehe...just kiddin' ..nanti tak pasal-pasal CZ kena gelar 'QUEEN of comment' *errr..ada erk gelaran macam tue...hantam saja laaa...


OK, pagi tadi, ya ya pagi tadii (9/04/12) merupakan hari pertama intersesi! Jyeaahhhhh!!! *why i am so eksaited?  Hurmmm hari pertama intersesi nie sangat la tak best sebab apa? sebab kami randomly dibahagikan kepada 3 kelas..ingatkan kelas kami ikut kelas harian biasa..rupanya tak..demmm..sangat la tak best tapi ok la jugakk..

Hari pertama dah belajar 2 chapter of TAXATION in two hoursss..woooww..sangat cepat kan? tapi nasib baik dapat la faham apa yang lecturer ajar..alhamdulillah.

*class dismiss! give me bump fist!


And, yang buat kami sekelas happy apabila kelas kedua iaitu FAR hanya 5 minit..yup baby..in five minutes.. class dismiss! =D




Saturday, 7 April 2012

Kanak-kanak berumur 10 tahun lahirkan anak kerana TRADISI!

Assalamualaikum.


Pernah tak terfikir kanak-kanak yang berumur 10 tahun melahirkan anak? Macam tak percaya kan? Dan hanya disebabkan tradisi? Tapi itulah realiti yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak yang merupakan puak peribumi Wayuu, yang menetap di Semanjung La Guajira, Columbia.

Apa yang lebih mengejutkan ibu bapa mereka membenarkan seks di bawah umur dan terjawab la persoalan kita mengapa budak tue boleh mengandung, rite? Peribumi Wayuu nie mempunyai keistimewaan dan perlindungan untuk mengekalkan kedaulatan dan warisan budaya tertentu termasuklah membenarkan seks di bawah umur.




Kalau nak baca petikan penuh baca sini. SINI!SINI!



P/S: CZ tak pasti nie cerita betul atau tak. Waullahu'alam.

Friday, 6 April 2012

RM150.00 Cash | Give Away From lidarahim.com

Assalamualaikum bloggers!

Ya ya ya. CZ join giveaway LAGI. Tak salahkan?*fliphijab* Cehhh, bajet hotsetaff pulak CZ nie. maafkan la daku T.T.. 

Mengapakah CZ menjoinkan diri dalam giveaway nie? *hamboi, skemanya kaw CZ. Dan tentulah kerana hadiah yang ditawarkan....HAHAHA*gelak tamak* CZ gurau ja la, nie hanya la untuk mengisi masa lapang di hari cuti.

So, jom kita tengok apakah hadiah yang disediakan untuk GA kali nie.


Hadiah Utama : 1 orang x RM50.00 tunai
 Hadiah Kedua : 2 orang x RM30.00 tunai
 Hadiah Ketiga : 2 orang x RM20.00 tunai
Hadiah Saguhati x 10 orang




Sangat berbaloi kan? So sapa nak join sila tekan sini! 




Cik Zuzu feat. Etude House!

Assalamualaikum.

Semua wanita di dunia ni inginkan kulit yang halus mulus macam kulit baby kan? ada tak yang tak nak? meh meh habaq sat kat chek sapa yang tak nak *loghat  kedah yang berterabur..haha  

Ok, kenapa Cik Zuzu feat Etude House? eh eh jangan pula fikir yang CZ salah satu model untuk Etude House pulak..haha *just kiddin'  Sebenarnya minggu lalu CZ start try pencuci muka dan acne gel lotion dari Etude House.


CZ just try guna dua jenis produk nie sahaja, coz CZ takot la nak try banyak-banyak..





AC Clinic Gel Lotion 
Produk nie sesuai untuk kulit yang mudah tumbuh jerawat macam CZ nie. Yang CZ paling suka sangat tentang lotion nie, lotion nie kalau kita pakai trus meresap ke kulit muka dan tak la kita rasa something oily dkat kulit muka. Caranya senang sahaja, just sapukan kat muka. senang kan?
Harga: Rm40++
*Tapi CZ beli RM20 sebab ada promosi..hehe..




Baking Powder Pore Cleansing Powder Wash
Produk nie pown sangat sesuai untuk jenis kulit muka yang berjerawat atau sesiapa yang suka bermekap. Produk ni akan membersihkan kulit muka kita sehingga ke dalam pori-pori muka. Pencuci nie dalam bentuk serbuk  atau powder, kalau sekali pandang memang sebijik dah macam baking powder yang mak kita selalu guna untuk buat kek coklat. *hehe . Cara nak guna sangat simple, ambil serbuk tu then basahkan dan sapu la kat muka macam biasa. Oh lupa nak bagitau, yang pencuci muka nie tidak menghasilkan buih.
RM33++


Dalam seminggu CZ guna nie, CZ dapat rasakan perbezaan kat muka CZ.. Jerawat pown dah kurang-kurang sikit.. ^^ 


P/S: Sesiapa yang gunakan produk yang sama sila la bagi pandangan anda tentang produk nie. CZ pown nak tau jugak pandangan anda.



Tuesday, 3 April 2012

SEGMEN ERAZ FADLI : Masa Untuk BLOGWALKING

Assalamualaikum.

Jom join Segmen nie. Boleh la kita menambahkan ramai kenalan.




p/s: Segmen nie berakhir 11.30 malam nie ( 3 April).

Fan Page Celebration Giveaway!!

Assalamualaikum.


CZ nak join Giveaway nie pulak. hewhew.






p/s: Sapa2 yang berminat, bolehla tekan salah satu gambar tue ya.







Tutorial : Cara nak remove timeline FB

Assalamualaikum.

Profile picture


Mesti ramai yang agak tak suka dengan Timeline FB kan? OK. bagi yang tak suka tu, CZ ada cara untuk remove timeline FB. Macam mana? Rajinkan diri untuk baca entry nie. okay?


1. Korang pegi ke laman web www.timelineremove.com atau klik ja gambar kat bawah nie.



2. Kemudian pilih browser yang korang gunakan dan klik untuk download.




3. Dah download kan? Then kat bawah tue tekan butang 'save'.



4. After tekan butang 'save' tue, akan muncu la kotak macam kat bawah nie. Korang tekan la install. 



5. Last sekali, just refreash page FB korang and TADAAAA!! no more timeline. 



Selamat Mencuba!

p/s: kalau tak jadi, boleh tanya CZ k. Jangan segan pula.




Kerinduan Yang Melampau

Assalamualaikum peeps.




Dikala kawan-kawan CZ kembali ke pangkuan keluarga masing-masing, CZ hanya dapat memerhatikan kegembiraan yang terpancar di wajah kawan-kawan CZ. CZ pula terpaksa memendam rindu kerana CZ hanya dapat balik pada bulan MEI ini.


Rindu terhadap kedua-dua ibu bapa CZ semakin hari semakin bertambah. CZ hanya menanti hari 19 Mei ini untuk CZ kembali ke pangkuan keluarga CZ di Tawau. 


 Dear mum and dad, 

I miss u. =')





Monday, 2 April 2012

MAGNOLIA PERT GIVEAWAY 2012

Assalamualaikum para bloggers!

Tadi CZ sedang jalan2-blog dan ternampak la Giveaway nie. Syaratnya sangat simple dan membuatkan CZ nak join. *nak yang senang ja kan. Anda, anda dan anda semua pun jomlah memeriahkan Giveaway nie. Jom jom!




cantiknya jam!! *nada eksaited*



Sesiapa yang berminat sila la klik kat banner tue ya. ^^



Jalan-jalan selepas paper MAF dan terjumpa Yuyu yang chomel !

Assalamualaikum semua!


HAh, kenal tak sapa yang kat dalam pic di atas tue? eh eh bukan yang pakai baju kaler coklat tue. Itu CZ la awak. Yang kat tepi CZ tue. kenal tak? of coz la korang kenal kan.

Selama beberapa bulan CZ mendiamkan diri daripada dunia blog nie, bermacam-macam kejadian yang telah berlaku and one of them adalah CZ secara tidak sengaja terjumpa Yuyu. ya ya ya. Yuyu Zulaikha yang comel tue. 

Hurmmm. time tue hari Selasa bersamaan 27 Mac baru-baru nie. CZ pown tak sangka boleh jumpa Yuyu nie. ya la orang famous kan. 

Hari tue CZ dan housemate CZ keluar pegi Sunway Pyramid untuk release kan tension after exam MAF yang sangat mencabar tue. CZ dan kawan-kawan eksaited sangat bila jumpa yuyu, ingatkan kami salah orang taww..hehe..

Kami sempat la jugak ambil gambar bersama Yuyu yang ohsem nie, and Yuyu sangat sangat la peramah orangnya..macam dah lama kenal gitteww. Terbaek la Yuyu!.



Yuyu yang gorgeous! wif kami yang simple.