Sunday, 28 October 2012

Hair Chalk



Assalamualaikum! Before tu, Selamat Hari Raya Aidiladha. Mesti semua best kan tengok lembu-lembu tumbang. heeee and paling best makan daging lembuuu. Kan? Kan? *high five*

Aku tak mau la cerita pasal hari raya sebab aku tak dapat beraya dekat my hometown. T.T *mood sedih*

Untuk mengurangkan rasa kesedihan aku, meyh tengok gambar ni saaatttt..














Cantik-cantik kaler rambut diorang ni kan? Aku tengok gambar ni terus rasa nak kaler rambut aku. Tapi tak boleh la as a Muslim kannn.

But but..


Now, kita boleh kaler rambut kita tanpa memikirkan either wudhu' kita sah atau tak, sebab kaler ni akan hilang like woooshhhh after kita basuh rambut. Yes, kaler ni not permanent.


So, this is it!



HAIR CHALK!


Hair Chalk ni available dekat Daiso Japan with price RM5! Sangat affordable kan? Dahla murah and kita boleh main kaler-kaler rambut macam pic atas. 

Cara-cara menggunakan HAIR CHALK ni boleh TEKAN SINI.


Thats all! See yaa.




Wednesday, 15 August 2012

I'm back home, babyyyy!!!

Assalamualaikum!
*baca dengan nada eksaited*


*ambik kain buruk* *lap sikit blog nie* *fuh fuhhh* Ok siap bersihkan blog. hehe.

Well, sekarang ni aku rasa kebanyakan dah pun selamat sampai ke pangkuan keluarga tidak pun dalam perjalanan menuju ke destinasi masing-masing. Aku pun alhamdulillah selamat sampai ke pangkuan keluarga yang berada di Tawau, Sabah setelah hampir 2 3 bulan tak balik. 

Hari ni merupakan puasa pertama aku di rumah tercinta. Bestnya, hari nie buka puasa pukul 6.30 pm! Wuhoooo (~'')~ ~(''~)..

So, macam mana persediaan raya korang- korang semua? Baju raya dah beli? Kasut? Handbag? Kalau perempuan mesti semua pun nak baru kan. haha. Tapi jangan sampai membazir okey kawan-kawan.

Sebelum aku mengundurkan diri, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam. Andai terkasar bahasa, ampunkan la semua kesalahan aku ok? Kosong-kosong ok?




Saturday, 16 June 2012

Kenapa Saya Menyepi?

Assalamualaikum.


Rindu CZ tak? haha. okey just kidding. last tym CZ update blog ni bulan may. oh, dah satu bulan! lamanyaa..kan kan. biasalah bulan may hari tue CZ ada final exam and alhamdulillah CZ dapat result yang okey. XD

Selama CZ menyepi, CZ buat banyak benda, err tak la banyak just bercuti di rumah. hikhik. meluangkan masa dengan family.

Selama 3 minggu cuti hari tu, CZ tak la jalan pegi mana-mana pun. dok rumah then p KK kejap. ok before tue korang pernah makan nie tak?


Pisang goreng cheese!

Nampak sedap kan? Memang sedap pun. hikhik. Benda ni fames tau dekat Sabah. *telan air liur* 


me! bahaha.. sangat selekeh.

Then, jejalan pegi KK kejap and temankan bapa CZ yang ditransfer ke KK. *sob sob*.

 *mount kinabalu!*




Ambil gambar berlatarbelakangkan gunung kinabalu. cantik sangat view kat sini. =)

Dekat KK tue, CZ just jejalan pegi shopping mall. Rasa rugi pulak tak melawat pulau-pulau yang berdekatan.  *sigh*. 

And now, CZ dah ada kat shah alam! Meneruskan perjuangan seorang pelajar di UiTM sebagai pelajar sem 4. cepat masa berlalu kan. hikhik




bye! see yah next time!

Thursday, 10 May 2012

Unofficial Batch Dinner!

Assalamualaikum.


Hi korang!! Hari ni baru ada masa dan ter'over' rajin nak update blog kesaynagan CZ ni. Sebenarnya tak la rajin  sangat, just CZ eksaited nak kongsi pengalaman CZ dengan korang-korang semuaaa.. Ok, selama 3 sem CZ belajar dekat Puncak Perdana, kami tak pernah langsung ada dinner unless dinner dean list. Itu pun sekali. sob sob. 

Walaupun dinner semalam (09/05) adalah unofficial dinner tapi semalam was an awesome night! Dalam pukul 6.45 pm kami bertolak ke Aroma Ikan Bakar terletak di Jeram, Kuala selangor dan perjalanan mengambil masa 45 minit. Kami menggunakan bas UiTM untuk sampai ke destinasi dan CZ sempat mengimbau kenangan time zaman kecik-kecik yang eksaited gila kalau ada trip sekolah. miss my old days. 

Before sampai ke Aroma Ikan Bakar, kami sempat menunaikan solat Maghrib di masjid berhampiran. Pukul 8.10 kalau CZ tak silap, kami sampai ke destinasi. Sampai-sampai ja AIB, CZ pelik sebab tak ramai orang then baru CZ sedar yang hari tue weekdays. nasib baik kalau tak mesti sesak. 

Setibanya kami di meja makan yang telah ditempah awal-awal oleh Puan Laila (our lecturer TAX), kami dihidangkan dengan pelbagai makanan yang sangat sangat yummy! Ikan 3 rasa. Sotong goreng tepung. Ikan pari bakar. Mix vegetable. Tomyam. and Udang (tak ingat masak apa?). So yummyyy and delicious! especially Ikan 3 rasa. Macam happy big family pulak. Duduk dekat meja panjang. makan ramai-ramai. =)



See that food? So yummy kan..nak ikan 3 rasa tueee...nak lagi! nak lagi




 
Me Gusta!


Sambil-sambil tunggu semua orang ambil tempat duduk masing-masing and baca doa ramai-ramai, ok ada masa untuk ambil gambar sendiri! XD



Kitorang gambar guna phone ja. sob sob. tak mampu nak beli DSLR. =P




After dah selesai makan, Puan Laila bagi kami masa untuk ambil gambar atau jalan-jalan kat tepi pantai tue. and ini la hasilnya...













That was an awesome night!



Bye! Kami dah nak balik PP. =)

Wednesday, 9 May 2012

WW #4 : My Parents.

Assalamualaikum




Miss my parents so much ='(

Tuesday, 8 May 2012

Tiket Oh Tiket!

Assalamualaikum.


Siapa pernah mengalami situasi dimana anda telah membeli tiket tak kira tiket la tiket bas atau tiket flight atau sewaktu dengannya tapi tak lama kemudian korang dapat tahu yang tiket korang beli tu silap tarikh? Pernah tak? Pernah tak? Mesti rasa sedih dan nak melalak disebabkan dapat cuti sekejap jak di rumah kan. 

And.. itu lah yang CZ rasa selama dua minggu ni. sob sob. dah la CZ dah lama tak balik rumah. ermmm nak dekat 5 bulan jugak. CZ dapat tau jak yang CZ salah beli tiket flight, ya Allah rasa nak nangis2. eya la dah la tiket flight tue mahal pastu CZ rasa bersalah pulak dengan parents CZ. sebab diorang yang support tiket CZ.

new ticket. ^^

Tapi, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, right? Ingatkan CZ nak redha jak, tapi bila CZ check laman web airasia petang tadi after balik kelas, CZ ternampak yang sekarang nie ada promosi. Alhamdulillah. Boleh CZ cuti lama sikit dan luangkan masa bersama-sama family. Terus CZ ajak kawan CZ temankan beli tiket takot yang harga promosi habis. nasib baik tak mencecah RM300 untuk one way.

Tips: Better beli tiket baru kalau nak postpone tiket coz Airasia akan kenakan denda. Selalunya kita akan bayar hampir sama dengan tiket baru atau lebih sikit. ( applicable untuk tiket flight Airasia ).

Wednesday, 2 May 2012

Cinta Buat Emelda yang sangat best daripada....

Assalamualaikum.


Apa khabar u olls semuaa?? U olls layan tak Cinta Buat Emelda? Wooowooo~~~ jangan cakap korang layan Nadadadadada Cintaaa~~..haha...tak kan? CZ dah malas nak layan Nada Cinta tue sangat berjela-jela ceritanya...ntah apa jak diorang merapu. =.="

Ok. CZ tak nak cerita pasal Nada Cinta. Tapi Cinta Buat Emelda. Kalau korang perasan kan, sekarang nie fenomena yang melanda dunia 'kedramaan', dorang suka adaptasi novel kepada drama, kan kan? Setakat ni CZ sangat berpuas hati melayan drama Cinta Buat Emelda dan Gemersik Kalbu. Sangat best dan tidak mengecewakan.

Esok (03/05/12) akan berakhirlah Cinta Buat Emelda dan CZ pun akan rindu watak Aril Fatah yang super chomel dan super handsome itu. sob sob.*gatal* pastu pastu rindu dengan mia sara yang chomel dan sangat petah bercakap..dan watak emelda yang sangat menjadi. superb la almy nadia (Y)..oh oh..CZ pun suka pasangan Emeriz dan Azida..shooooo suwwiittttt...

CZ ska CBE ni sebab semua watak2 yang dimainkan sangat menjadi dan pelakon2nya pun tak la kaku sangat. Dan episode hari ni(02/05) mampu membuat CZ menangis teresak-esak..kesian emelda kan..T.T

Rasanya cerita nie lagi best kot daripada Ombak rindu? errr.. ('.' ) ( '.') kan?



curi gambar dari kepalabergetar..hikhik..


Sunday, 29 April 2012

Freebies: Assalamualaikum


http://i.imgur.com/T98H5.png



http://i.imgur.com/esp2R.png 



http://i.imgur.com/Lwmvx.png



http://i.imgur.com/Ld8XV.png 





p/s: ambil la yang mana berkenan ^^

Saturday, 28 April 2012

Tutorial:Design Layout Blog Sendiri (FOOTER)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya sampai la ke part yang terakhir untuk design blog korang..hehe..Ok footer ni bahagian bawah sekali blog korang. So kita mulakan erk..


1.

Tickkan kotak expand widget templates dan tekan ctrl+f untuk memudahkan pencarian. Sekarang, cari code nie:

#footer {

Dekat bawah  code tue, korang akan jumpa code yang macam nie..

#footer {
width:660px
;clear:both;
margin:0 auto;
padding-top:15px;
line-height: 1.6em;
text-transform:uppercase;
letter-spacing:.1em;
text-align: center;
}

2. Pastue korang highlightkan code dekat atas dan just gantikan dengan code yang dekat bawah nie.

#footer {
clear:both;
margin:0 0 0 0;
padding-bottom:70px;
padding-top: 20px;
line-height: 1.6em;
text-transform:normal;
letter-spacing:.1em;
text-align: center;
background: url(Masukkan URL Footer Anda Disini)no-repeat bottom center;
height: auto;
}

3.Ok, korang nampak kan perkataan 'masukkan URL Footer Anda Disini' yang  warna merah tue, korang letakkan url image yang korang nak jadikkan footer.


4.Create new files dekat photoshop dengan width 1000px. height tak kisah berapa pun. nie contoh footer yang CZ buat.




Upload footer yang korang buat di SINI atau SINI dan dapatkan image url.


5.Kalau dah siap, blog korang akan nampak macam nie. Dah siap!




CZ buat nie ada silap cikit kat bahagian footer tue..hehe..tapi korang mesti lagi teror kan dari CZ bab design2 nie. so wish u luck!

p/s: CZ gunakan tutorial ini untuk design blog CZ =)

Thursday, 26 April 2012

Sehari Bersama Menyambut Birthday Si Dia =)

Assalamualaikum.


Penat CZ jalan-jalan satu hari ni..tapi penat-penat pun still rasa happy sangat sebab dapat luangkan masa dengan si Dia (birthday boy!). Dari pukul 11.30 pagi sampai la dekat pukul 9 malam, baru kami balik puncak. *adik-adik jangan tiru aksi nie taw, mesti balik awal.*

First, kami pergi ke Secret Recipe untuk menghilangkan rasa lapar sebab belum sarapan lagi. so kira macam brunch la jugak. Ok untuk CZ, CZ order nasi goreng dengan sate atau fried rice with satay. korang dah pernah try? CZ ingat nak ambil gambar untuk tatapan korang *sebenarnya nak bagi jeles..hehe* tapi sampai ja order, terus CZ makan*lapar sangat*..dah tinggal separuh baru CZ ingat nak ambil gambar..huhu

Yang birthday boy pulak makan chicken lasagne..CZ tak tahu apa yang sedapnya..masing-masing ada selera masing-masing kan. CZ nie jenis yang suka makan nasi, western food kurenng sikit. CZ sokong masakan melayu! haha




Nie la birthday boy!


Hah part yang paling eksaited sekali. Dah lama CZ mengidam makan split banana...and termakbul jugak  hajat CZ sebab dekat secret recipe ada banana split! sangat teruja hokeyyy..




Sangat sedappp..guuulppp*sambil telan air liur* rasa nak makan lagi...


Selesai makan, CZ jejalan kat Sunway sampai la kaki kami sakit..hehe macam takda keja jak kami nie kan..

Before balik, kitorang sempat tengok Battleship! Thumbs up la untuk cita ni. sangat best. dan berbaloi la duit Rm12 tueee..Tengok tawww..sangat rugi kalau tak tengok..




Itu sahaja entry kali nie. Bye!




duckface =.="




Boleh Semak Sekarang!

Assalamualaikum.


Berita gembira untuk semua pelajar yang ambil MUET Mac/2012! Hari ini (26/04) kita dah boleh check result~!! Ok CZ sangat gembira. hehe


Alhamdullilah. CZ dapat band 3. XD.


korang pulak?




Happy Birthday awak! =)

Assalamualaikum.


Wednesday, 25 April 2012

Tutorial:Design Layout Blog Sendiri (HEADER)

 Assalamualaikum.


Semalam CZ ada buat tutorial design layout sendiri untuk part BODY kan? bagi sesiapa yang belum terjah, tekan SINI.

Sekarang ni kita akan ke fasa yang kedua iaitu design part header pulak. So, jom kita mulakan pengembaraan bersama CZ!



1)


2) kalau korang perasan, dekat blog tue ada border kan kat bahagian header. Kita nak hilangkan border tue. So, tekan ctrl+f serentak dan cari code kat bawah nie di kotak search.

#header-wrapper { 

dibawah code tue, korang akan jumpa macam ni:

#header-wrapper {
 width:660px;
margin:0 auto 10px;
border:1px solid $bordercolor;
}

#header-inner {
background-position: center;
margin-left: auto;
margin-right: auto;
}  

Delete code tersebut.

3) Di bawah code yang korang delete tue, korang mesti akan jumpa code yang kat bawah nie. Confirm jumpa punya laa

#header {
margin: 5px;
border: 1px solid $bordercolor;
text-align: center; 
color:$pagetitlecolor; 

}


#header h1 {
margin:5px 5px 0; padding:15px 20px .25em;line-height:1.2em;
text-transform:uppercase;letter-spacing:.2em;
font: $pagetitlefont;
} 

Kemudian gantikan code yang diatas dengan code yang di bawah nie.


#header {
width: 1000px;
height: 300px; 
border:0px solid $bordercolor;
color: $pagetitlecolor;
 text-align: center; 

#header h1 {
margin:0px 0px 0;
padding:15px 20px .25em; line-height:1.2em;
text-transform:uppercase;
letter-spacing:.2em;
font: $pagetitlefont;
 }
sekarang nie kita dah tetapkan lebar layout kita 1000px sama dengan tutorial BODY kan. yang height tue terserah dekat korang nak letak berapa pun. So korang boleh la search kat internet header-header yang chomel.

4) Step nie untuk sesiapa yang ingin buat header sendiri. Yup, macam biasa kita akan gunakan photoshop untuk buat header. Photoshop>File>New.




Ini adalah contoh header yang saya buat. Korang mesti lagi kreatif kan? so gunakan ke-kreatif-an korang tu untuk menghasilkan header yang cantik.

Oh oh, pastikan background header tue sama colour dengan warna background belog, ok?

7) Untuk upload header,

Dashboard>Design>Page Element>Tekan 'edit' dekat header



Dan keluar la pop out macam nie. Tekan upload dan browse la kat mana korang letak header korang tue dan jangan lupa tick kat bahagian 'instead of title and description' taw..Dah sudah, tekan la butang 'SAVE'.


6)




Blog anda akan jadi macam nie. Nampak tak yang kaler background tue tak sama dengan header. So, kita kena tukar la kaler background blog. Macam mana? Macam ni yaa

Dashboard>Design>Template Designer>Advance>Page Background Colour

DAh siap!




Selamat mencuba! Jangan segan nak tanya k.

CREDIT: BELOGCAPAYAM

WW #3: Good Luck!

Assalamualaikum.


Petang ni CZ dan classmate CZ ada test FAR. =)



Tuesday, 24 April 2012

Tutorial:Design Layout Blog Sendiri (BODY)

Assalamualaikum.


Korang nampak tak blog CZ? Tue CZ design sendiri taw...*bangga sat* Kalau korang-korang semua nak tau macam mana CZ buat..teruskan baca entry nie, OK?

Sebelum tu CZ nak ingatkan yang tutorial nie sangat memeningkan dan memerlukan kesabaran yang tinggi, bagi sesiapa yang tak mempunyai kesabaran yang tinggi, boleh la angkat kaki..hehe..

So, lets begin!!!

1)



2) Kemudian download full template yang sedia ada, nie sebagai langkah berjaga-jaga, takut-takut tak jadi kan?

3) Kat bawah tu, ada Layout Template(launched 2006) kan? So kamu pilih template MINIMA ok.

4) Ok kita start part yang sangat memeningkan, tekan CTRL+F untuk memudahkan pencarian korang cari kod kat bawah nie:

#outer-wrapper {

     Ok, dekat bawah kod tue korang akan nampak benda yang macam nie

#outer-wrapper {
width: 660px;
margin:0 auto;
padding:0px;
text-align:left;
font: $bodyfont;
}

Dah jumpa kan? Dekat situ lebar blog kita 660px kan. tapi boleh ja kalau nak lebar ikut suka kita. kalau CZ,  CZ guna 1000px.


5) Kita beralih arah pulak ke Photoshop untuk design body blog kita tue. ala yang tempat post kita bertempek   tuee..Dah buka photoshop masing-masing? Ok, kalau dah tekan FILE>NEW. Korang tentukan la berapa lebar blog korang.

   

Yang height tue pulak letak berapa pun tak kisah sebab nanti kita akan repeatkan sampai la ke bahagian bawah blog. Kat bawah ni contoh body yang CZ buat. Body ni akan jadi background untuk post and sidebar blog kita.



       
Kalau dah siap boleh la upload kan kat imgur atau photobucket, untuk dapatkan URL IMAGE.


6)  Ok kita balik kepada code yang korang cari tadi. Highlightkan semua dan pastekan code yang kat bawah nie 
pulak:

#outer-wrapper {
width: 1000px;
margin:0 auto;
background: url(Masukkan DIRECT LINK gambar korang di sini) repeat-y;
padding:0px;text-align:left;
font: $bodyfont;
}
*masukkan IMAGE URL di tulisan kaler merah tue.


Kemudian, korang scroll ke bawah dan akan jumpa code yang macam nie:

#main-wrapper {
width: 600px;
float: $startSide;
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}


Dah jumpa kan? Ok gantikan code tadi dengan code yang di bawah nie:


#main-wrapper {
width: 600px;
margin-top: 0px;
margin-left:50px;
float: left;
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}



Kalau dah, korang scroll lagi ke bawah..*nie last sudah kita main scroll2 ke bawah..hehe
Korang akan jumpa code nie pulak.



#sidebar-wrapper {
width: 290px;
float: $endSide;
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}



Wahh..macam tau2 ja kan korang..kita akan gantikan code yang di atas nie dengan yang kat bawah nie:


#sidebar-wrapper {
width: 290px;
float: right;
margin-top: 0px;
margin-right: 25px;
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}


7) Dah selesai copy paste semua benda tu, korang boleh la preview dan blog korang akan jadi macam nie.





And one more thing, mesti segala tulisan akan jadi kabur-kabur atau tak jelas..so korang adjust la kat Dashboard>Design>Template Designer.


Fuhhhhh....lega habis jugak untuk part body..penat la CZ menaip. Nanti CZ update lagi macam mana pulak nak buat bahagian header and footer. Selamat mencuba!




p/s: untuk copy just highlight and tekan ctrl+c serentak.

credit: BELOGCAPAYAM

Usaha Tangga Kejayaan!

Assalamualaikum.


*lap peluh* Penat taw CZ godek-godek blog sendiri pastu godek-godek blog orang lain semata untuk menghasilkan blog CZ yang sekarang nie. So amacam? Ok kan? Ni after percubaan yang keempat atau ketiga, CZ dah tak ingat. 



Gambar yang di atas nie merupakan blog CZ before diubahsuai, and kat bawah ni yang telah diubahsuai. Masih banyak lagi yang perlu CZ improvekan. tapi buat masa nie OK la kan untuk begginer. =)


Cantik kan? hehe.




Monday, 23 April 2012

Debaran Semakin Dekat!

Assalamualaikum.


Dup dap dup dap. Fuhh rasa berdebar yang amat sangat. Aura-aura result macam dah terasa dah. Macam Seram pulak nak nantikan result keluar..huhu..

Minggu ni result final untuk sem 3 dan MUET akan keluar. 26th April bersamaan hari Khamis ini Keputusan MUET akan keluar..ok nie sangat takut, kot-kot tak lepas band 3..huaagghhhhhh!! tak nak la repeat..and 27th pulak result final akan keluar!!

Nampak tak? Macam sengaja ja kan..kenapa la mesti hari yang berturutan..menambahkan ke'neves'an kami. sangat tidak adil..







results, please be nice to me k? *wink wink*






p/s: Hope sangat dapat keputusan yang memuaskan. =)




Sunday, 22 April 2012

Mr. P belanja Carl's Jr yaww

Assalamualaikum.



Ingat tak lagi yang CZ ada bagitau kat entry INI yang CZ ambil test komputer? Ingat tak lagi? CZ assume korang ingat erk..hehe. well, CZ nak bagitau yang CZ LULUS!
Hoyehhh! (~^^)~ ~(^^~).

After habis bengkel tue, CZ dan Mr.P menuju ke Sunway Pyramid untuk melunaskan hajat yang telah lama mengidam Carl's Jr. Lagipun kali nie Mr.P belanja CZ sebab CZ lulus dalam test komputer tue..hehe


walaupon CZ rasa penat yang teramat sangat tapi CZ eksaited nak makan Carl's Jr. ehem..lagi-lagi ada yang nak sponsor kan? haha..terserlah ke'eksaited'an CZ. *perasan tak? CZ pakai lens kaler2   yang besar..hehe



Burger nie CZ yang punya. Nampak tak burger tue? sangat chomel bukan? siap pakai lampin lagi..


Nie pulak celah dalam burger tue. tomato dan daun salad tue sangat segar.



 
Sangat sedap hokeyy fries niee..fries nie ala-ala fries yang kita letakkan rendang daging yang selalu kita makan time raya tue dan tambahkan jugak sedikit cheese...marvellous!  



Okla, tue jak yang CZ nak kongsikan hari nie. Bye!