Tuesday, 8 May 2012

Tiket Oh Tiket!

Assalamualaikum.


Siapa pernah mengalami situasi dimana anda telah membeli tiket tak kira tiket la tiket bas atau tiket flight atau sewaktu dengannya tapi tak lama kemudian korang dapat tahu yang tiket korang beli tu silap tarikh? Pernah tak? Pernah tak? Mesti rasa sedih dan nak melalak disebabkan dapat cuti sekejap jak di rumah kan. 

And.. itu lah yang CZ rasa selama dua minggu ni. sob sob. dah la CZ dah lama tak balik rumah. ermmm nak dekat 5 bulan jugak. CZ dapat tau jak yang CZ salah beli tiket flight, ya Allah rasa nak nangis2. eya la dah la tiket flight tue mahal pastu CZ rasa bersalah pulak dengan parents CZ. sebab diorang yang support tiket CZ.

new ticket. ^^

Tapi, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, right? Ingatkan CZ nak redha jak, tapi bila CZ check laman web airasia petang tadi after balik kelas, CZ ternampak yang sekarang nie ada promosi. Alhamdulillah. Boleh CZ cuti lama sikit dan luangkan masa bersama-sama family. Terus CZ ajak kawan CZ temankan beli tiket takot yang harga promosi habis. nasib baik tak mencecah RM300 untuk one way.

Tips: Better beli tiket baru kalau nak postpone tiket coz Airasia akan kenakan denda. Selalunya kita akan bayar hampir sama dengan tiket baru atau lebih sikit. ( applicable untuk tiket flight Airasia ).

2 comments:

.izzati liyana. said...

hoho. belum pernah merasa lagi since i'm very particular about all this things. tapi since dah drive sendiri ni tak payah risau lah kan pasal tiket tiket ni :)

zuzu said...

@.izzati liyana.

kalau la sya pun boleh drive balik tawau ni, tak payah pening-penig kepala pikir pasal benda ni. *sigh*