Assalamualaikum.
Hi korang!! Hari ni baru ada masa dan ter'over' rajin nak update blog kesaynagan CZ ni. Sebenarnya tak la rajin sangat, just CZ eksaited nak kongsi pengalaman CZ dengan korang-korang semuaaa.. Ok, selama 3 sem CZ belajar dekat Puncak Perdana, kami tak pernah langsung ada dinner unless dinner dean list. Itu pun sekali. sob sob.
Walaupun dinner semalam (09/05) adalah unofficial dinner tapi semalam was an awesome night! Dalam pukul 6.45 pm kami bertolak ke Aroma Ikan Bakar terletak di Jeram, Kuala selangor dan perjalanan mengambil masa 45 minit. Kami menggunakan bas UiTM untuk sampai ke destinasi dan CZ sempat mengimbau kenangan time zaman kecik-kecik yang eksaited gila kalau ada trip sekolah. miss my old days.
Before sampai ke Aroma Ikan Bakar, kami sempat menunaikan solat Maghrib di masjid berhampiran. Pukul 8.10 kalau CZ tak silap, kami sampai ke destinasi. Sampai-sampai ja AIB, CZ pelik sebab tak ramai orang then baru CZ sedar yang hari tue weekdays. nasib baik kalau tak mesti sesak.
Setibanya kami di meja makan yang telah ditempah awal-awal oleh Puan Laila (our lecturer TAX), kami dihidangkan dengan pelbagai makanan yang sangat sangat yummy! Ikan 3 rasa. Sotong goreng tepung. Ikan pari bakar. Mix vegetable. Tomyam. and Udang (tak ingat masak apa?). So yummyyy and delicious! especially Ikan 3 rasa. Macam happy big family pulak. Duduk dekat meja panjang. makan ramai-ramai. =)
See that food? So yummy kan..nak ikan 3 rasa tueee...nak lagi! nak lagi
Me Gusta!
Sambil-sambil tunggu semua orang ambil tempat duduk masing-masing and baca doa ramai-ramai, ok ada masa untuk ambil gambar sendiri! XD
Kitorang gambar guna phone ja. sob sob. tak mampu nak beli DSLR. =P
After dah selesai makan, Puan Laila bagi kami masa untuk ambil gambar atau jalan-jalan kat tepi pantai tue. and ini la hasilnya...
That was an awesome night!
Bye! Kami dah nak balik PP. =)