Assalamualaikum.
Entah berapa lama dah aku tak update blog ni. Eh, sedar tak sedar lagi aku dah nak masuk last sem untuk degree (dan lagi seminggu nak habis intern. Yeayhhh!!). So thats means aku akan memegang segulung Ijazazah Sarjana Muda in Accountancy (aminnn).
So, since dah nak habis degree ni aku memang bercadang nak sambung ACCA. Aku dan kawan kawan aku fikir nak sambung dekat Dublin Business School since ramai (senior my friend) kat sana. Sekarang ni (as 25.1.2015) kami kena buat passport dulu sebab bila nak apply DBS tu dorang akan minta no passport.
Setakat ni kami just fikir itu ja, malas nak serabutkan otak. Well, aku ada jugak baca blog macam mana nak sambung belajar kat luar negara, memang banyak kerja. Nak buat ietls la, nak cari sponsorship la, buat visa and so on.
So kita buat satu satu dulu. Good luck for me! Haha
Ada ke sesiapa kat sini ada pengalaman nak sambung belajar kat oversea or maybe yang tengah ambil ACCA? Mind to share, please?
Bye!
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Sunday, 25 January 2015
Friday, 30 May 2014
Pimple x Perla Coffee
Dah lama tak jenguk blog aku yang satu ni. Salam dan apa khabar semua?
Pepagi buta ni rasa macam nak meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati ini. ewahhh ayat nak gempak jee kan. haha
Macam ni ceritanyaa....
Sejak dua menjak ni, aku dengan cik jerawat ni berpisah tiada. Bagai isi dengan kuku. Bagai * insert peribahasa yang sesuai*
So, apa yang aku buat, aku toyoh tonyohkan jerawat tu dengan ais batu. Aku ada google yang ais batu ni boleh kecutkan jerawat tapi makan masa la. Takdanya kau buat sekali terus jerawat tu hilang macam tu je. Its take time. Plus, aku dah lama nak cuba benda ni yang sekarang ni tengah meletop letopzz kat pasaran sekarang. Cuba teka?
Gambar ihsan dari Uncle Google.
Yes! Perla Coffee. Err rasanya aku tanya pun korang dah tahu dah kan. Dari tajuk pun boleh agak dah. Duuushhh! *my bad*
Hari ni baru masuk dua hari minum, so far tak nampak lagi perubahan. Coffee ni sedap gila sampai tahap nak minum banyak banyak kali! Tapi tapi maximum just 2 sachet ja sehari.
Sapa tak nak putih gebusss kan and kulit muka yang halus mulusss.
Ada tak sesiapa yang pernah minum Perla Coffee ni? Share la sikitt kat ruang comment... hehe
Adios!
Tuesday, 23 April 2013
Dunia Degree Yang Penuh Duri dan Ranjau
Im back! Setelah lama tak meng'update' blog ni, setelah lama tak blog-walking, setelah lama jari ini tidak menari-nari di atas papan keyboard and yeah I AM BACK! Well, sekarang ni tengah cuti mid-term tu yang boleh menghadap blog ni dan siap menaip entry terbaru untuk blog kesayangan. Kalau tak jangan harap la aku nak update blog ni, apatah lagi nak buka laptop kan. PENAT.
Itu saja untuk mukadimah aku. Berbalik kepada tajuk entry aku hari ni, 'Dunia Degree Yang Penuh Duri dan Ranjau', eh dah macam tajuk novel pun ada kan. Hehe. Ok lawak hambar. Baiklah sepanjang beberapa bulan ni (nak dekat 2 bulan sebenarnya) aku telah belajar menyesuaikan diri di tempat baru, cara pembelajaran baru, makanan baru(eh?) dan sebagainya untuk aku survive di sini.
So, apa yang aku dapat belajar setelah memasuki Dunia Degree ini:
1. Study Last Minute is A Big NO!
Aku tahu ramai antara kita dan mungkin anda yang tengah baca entry ini suka atau menggemari study last minute. Esok nak exam or test or quiz, haa malam tu la baru terhegeh-hegeh nak buka buku, copy nota dari kawan, betul tak? Aku pun tergolong dalam golongan ini. TAPI itu dulu tau. Aku pun tak tau sejak bila aku berubah (eceh), tup tup tup aku dah study seminggu awal before test. SEMINGGU weyhh bukan sehari and TEST weyh bukan Final Exam. Then aku baru perasan time degree ni jangan la kau mengada study last minute, memang takkan punya dapat jawab soalan time test atau final exam. Kalau tak pun takkan sempat punya nak habiskan baca semua chapter yang masuk. Trust Me. Aku dah try dah. Lagi satu Degree ni kebanyakkannya subjek membaca tak banyak kira kira (untuk accountancy la, yang lain aku tak tau), so kita kalau nak study tu mesti la nak fahamkan subjek tu jugak kan takla menghafal membabi buta.
2. Study Group
Study group sangat penting bila dah nak dekat final exam ni. Kita boleh discuss dengan kawan-kawan jika ada masalah dalam sesuatu subjek. Kalau aku, aku suka buat study group yang melibatkan subjek menghafal. Kenapa? Senang nak hafal weyh! Aku ni selalu ada masalah short-term memory. So untuk memudahkan aku menghafal aku ajak kawan aku study sama sama. Walau bagaimanapun, mesti korang kata study group kurang berkesan kan, eya lah nanti bukannya belajar tapi lebih kepada berbual kosong. Bagi aku tu terpulang macam mana kita handle study group tu. Paling penting jangan buat study group yg consists 10 orang atau ramai. 3 hingga 4 orang dah cukup.
3. Get Your Beauty Sleep
Tidur. Sangat penting untuk kita mendapatkan tidur yang cukup. Tidur yang mencukupi akan memberikan kita tenaga untuk menghadapi hari yang sukar. Seeloknya 6 jam sehari. Tidur petang tak termasuk erk. Sekali lagi, kenapa tidur yang mencukupi amat penting? Tidur yang tidak mencukupi (tidur lambat) akan menyebabkan potensi untuk ponteng kelas amat tinggi. Betul kan adik adik? Aku dah pernah lalui dah. Aku pernah sekali.. ok banyak kali ponteng kelas terutamanya kelas pagi. Kenapa aku ponteng? Ya semuanya disebabkan lambat tidur. So adik adik sekalian, make sure get your own beauty sleep!
Aku rasa itu ja yang aku boleh kongsikan berdasarkan pengalaman aku selama 2 bulan. Apa-apa pun Degree memang best! Even boleh buat kita pecah kepala oh and aku baru teringat yang aku pernah rasa putus asa sebab level Degree ni dah susah kan. Tapi aku bersyukur mempunyai kawan dan ibu bapa yang tak pernah putus memberi dorongan. Love you alls!
Salam.
Friday, 1 February 2013
MY TESTIMONI : A-DHA SKIN CARE
Salam semua pembaca-pembaca blog ni.
Pernah dengar tak A-DHA SKIN CARE? Pernah tak? If tak pernah, korang memang sangat sangat la RUGI! Kenapa rugi? meh sini saya bagitau.
First of all, A-DHA Skin Care ni berasal daripada Indonesia and sekarang ni product A-DHA tengah hot selling weyhhhh! Semua yang try A-DHA tak pernah lagi mendapat efek yang mengecewakan(setakat ini).
Adha ada dua set. Set Pink and Set Hijau. Set Pink untuk kulit normal yang berumur 20 tahun ke atas. Set Hijau pula untuk kulit yang sensitif dan berumur 40 tahun ke atas.
Dengan adanya A-DHA, kita boleh mendapatkan kulit yang halus mulus macam pelakon Indonesia. Sapa tak nak kan kulit yang halus mulus kan?
And the best part, after penggunaan 1 bulan (setiap individu berbeza) anda tak perlu lagi pakai mekap tebal-tebal untuk keluar! Just pakai krim siang A-DHA! Menarik bukan?
Pengalaman saya sendiri:
Kulit muka saya jenis yang berminyak and ada bekas jerawat yang degil yang tak nak menghilangkan diri. Geram hokay dengan bekas jerawat ni, boleh mencacatkan penampilan kita kan. Dah tu, kulit muka pun kusam. :(
Then sya try A-DHA (sabun+krim siang+krim malam+serum). First 3 days, saya just gunakan sabun+serum, ini untuk memastikan if produk ni sesuai atau tak. Hari ke-4 baru saya pakai krim siang dan malam. Dalam masa seminggu bekas jerawat saya yang degil tak nak hilang tue makin pudar and liang-liang roma makin mengecil. Tersangat la best!
Masuk minggu ke-2, bekas jerawat tu mmg dah makin makin pudar! And paling best kazen saya tegur yang pipi saya pinkish! Siap tanya lagi if saya pakai blusher. Haaaa tu baru kesan 2 minggu. Kulit muka pun dah semakin cerah. Suka sangat!
Love A-DHA!
p/s: Next time, saya bagi pic pulak untuk menunjukkan perbezaan after penggunaan A-DHA.
Interest? PM me at FB: Moda Moda or email me at mirrorswardrobe@ymail.com for the best price!
Interest? PM me at FB: Moda Moda or email me at mirrorswardrobe@ymail.com for the best price!
Also open for wholesale!
See ya!
Monday, 14 January 2013
My New Online Shop! Yeayhhh
Salam kawan-kawan!
Saya nak kongsikan berita gembira. Yes sangat-sangat mengembirakan saya, and maybe uolls yang menggemari korean fashion!
You know what? I have my own online shop now! Alhamdulillah, akhirnya impian saya ingin memiliki online shop dah tercapai. Tapi saya masih budak baru lagi :)
Ini link Online Shop saya: KLIK SINI
Jangan malu dan segan yee. Sila la datang :)
Antara item yang boleh anda order!
Jom jom!
Sunday, 28 October 2012
Hair Chalk
Assalamualaikum! Before tu, Selamat Hari Raya Aidiladha. Mesti semua best kan tengok lembu-lembu tumbang. heeee and paling best makan daging lembuuu. Kan? Kan? *high five*
Aku tak mau la cerita pasal hari raya sebab aku tak dapat beraya dekat my hometown. T.T *mood sedih*
Untuk mengurangkan rasa kesedihan aku, meyh tengok gambar ni saaatttt..
Cantik-cantik kaler rambut diorang ni kan? Aku tengok gambar ni terus rasa nak kaler rambut aku. Tapi tak boleh la as a Muslim kannn.
But but..
Now, kita boleh kaler rambut kita tanpa memikirkan either wudhu' kita sah atau tak, sebab kaler ni akan hilang like woooshhhh after kita basuh rambut. Yes, kaler ni not permanent.
So, this is it!
HAIR CHALK!
Hair Chalk ni available dekat Daiso Japan with price RM5! Sangat affordable kan? Dahla murah and kita boleh main kaler-kaler rambut macam pic atas.
Cara-cara menggunakan HAIR CHALK ni boleh TEKAN SINI.
Thats all! See yaa.
Saturday, 16 June 2012
Kenapa Saya Menyepi?
Assalamualaikum.
Rindu CZ tak? haha. okey just kidding. last tym CZ update blog ni bulan may. oh, dah satu bulan! lamanyaa..kan kan. biasalah bulan may hari tue CZ ada final exam and alhamdulillah CZ dapat result yang okey. XD
Selama CZ menyepi, CZ buat banyak benda, err tak la banyak just bercuti di rumah. hikhik. meluangkan masa dengan family.
Selama 3 minggu cuti hari tu, CZ tak la jalan pegi mana-mana pun. dok rumah then p KK kejap. ok before tue korang pernah makan nie tak?
Pisang goreng cheese!
Nampak sedap kan? Memang sedap pun. hikhik. Benda ni fames tau dekat Sabah. *telan air liur*
me! bahaha.. sangat selekeh.
Then, jejalan pegi KK kejap and temankan bapa CZ yang ditransfer ke KK. *sob sob*.
*mount kinabalu!*
Ambil gambar berlatarbelakangkan gunung kinabalu. cantik sangat view kat sini. =)
Dekat KK tue, CZ just jejalan pegi shopping mall. Rasa rugi pulak tak melawat pulau-pulau yang berdekatan. *sigh*.
And now, CZ dah ada kat shah alam! Meneruskan perjuangan seorang pelajar di UiTM sebagai pelajar sem 4. cepat masa berlalu kan. hikhik
bye! see yah next time!
Tuesday, 8 May 2012
Tiket Oh Tiket!
Assalamualaikum.
Siapa pernah mengalami situasi dimana anda telah membeli tiket tak kira tiket la tiket bas atau tiket flight atau sewaktu dengannya tapi tak lama kemudian korang dapat tahu yang tiket korang beli tu silap tarikh? Pernah tak? Pernah tak? Mesti rasa sedih dan nak melalak disebabkan dapat cuti sekejap jak di rumah kan.
And.. itu lah yang CZ rasa selama dua minggu ni. sob sob. dah la CZ dah lama tak balik rumah. ermmm nak dekat 5 bulan jugak. CZ dapat tau jak yang CZ salah beli tiket flight, ya Allah rasa nak nangis2. eya la dah la tiket flight tue mahal pastu CZ rasa bersalah pulak dengan parents CZ. sebab diorang yang support tiket CZ.
new ticket. ^^
Tapi, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, right? Ingatkan CZ nak redha jak, tapi bila CZ check laman web airasia petang tadi after balik kelas, CZ ternampak yang sekarang nie ada promosi. Alhamdulillah. Boleh CZ cuti lama sikit dan luangkan masa bersama-sama family. Terus CZ ajak kawan CZ temankan beli tiket takot yang harga promosi habis. nasib baik tak mencecah RM300 untuk one way.
Tips: Better beli tiket baru kalau nak postpone tiket coz Airasia akan kenakan denda. Selalunya kita akan bayar hampir sama dengan tiket baru atau lebih sikit. ( applicable untuk tiket flight Airasia ).
Thursday, 26 April 2012
Boleh Semak Sekarang!
Assalamualaikum.
Berita gembira untuk semua pelajar yang ambil MUET Mac/2012! Hari ini (26/04) kita dah boleh check result~!! Ok CZ sangat gembira. hehe
Alhamdullilah. CZ dapat band 3. XD.
korang pulak?
Sunday, 22 April 2012
Mr. P belanja Carl's Jr yaww
Assalamualaikum.
Ingat tak lagi yang CZ ada bagitau kat entry INI yang CZ ambil test komputer? Ingat tak lagi? CZ assume korang ingat erk..hehe. well, CZ nak bagitau yang CZ LULUS!
Hoyehhh! (~^^)~ ~(^^~).After habis bengkel tue, CZ dan Mr.P menuju ke Sunway Pyramid untuk melunaskan hajat yang telah lama mengidam Carl's Jr. Lagipun kali nie Mr.P belanja CZ sebab CZ lulus dalam test komputer tue..hehe
walaupon CZ rasa penat yang teramat sangat tapi CZ eksaited nak makan Carl's Jr. ehem..lagi-lagi ada yang nak sponsor kan? haha..terserlah ke'eksaited'an CZ. *perasan tak? CZ pakai lens kaler2 yang besar..hehe
Burger nie CZ yang punya. Nampak tak burger tue? sangat chomel bukan? siap pakai lampin lagi..
![]() |
Nie pulak celah dalam burger tue. tomato dan daun salad tue sangat segar. |
Sangat sedap hokeyy fries niee..fries nie ala-ala fries yang kita letakkan rendang daging yang selalu kita makan time raya tue dan tambahkan jugak sedikit cheese...marvellous!
Okla, tue jak yang CZ nak kongsikan hari nie. Bye!
Friday, 20 April 2012
Berita baik untuk penduduk Tawau!
Assalamualaikum.
Apa khabar blogger-blogger semua? sihat? kalau yang tak sihat tue, cepat-cepat la dapatkan ubat ya. :) *ada gaya jadi doktor tak? haha
Ok. apa berita baiknya? adakah anda, yes awak la yang tengah baca blog CZ nie..adakah anda tahu yang CZ berasal dari Tawau, Sabah? Tak tau? Sekarang dah tau kan..hehe..
Bangunan apakah diatas nie? Yess, you are right, bebeh! Bangunan McDonald. Mesti korang tertanya-tanya kan apalah yang CZ merepek nie..
Saja CZ nak kongsikan kegembiraan hati yang sangat-sangat la happy dan eksaited sebab..sebab dekat Tawau kan. esok (20/04) adalah hari pertama pembukaan McDonald. Jyeahhhhhh!!! *scream like a boss*
CZ tau mesti ada yang komen 'alaaaa, baru ada McD? sangat ketinggalan..' *baca dengan nada sinis*..tapi CZ tak kisah, asal esok dah buka and CZ tak sabar nak balik ke Tawau..
eh, kat KFC pulak. hehe
'Tawau, wait for me!!!'
Saturday, 7 April 2012
Kanak-kanak berumur 10 tahun lahirkan anak kerana TRADISI!
Assalamualaikum.
Pernah tak terfikir kanak-kanak yang berumur 10 tahun melahirkan anak? Macam tak percaya kan? Dan hanya disebabkan tradisi? Tapi itulah realiti yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak yang merupakan puak peribumi Wayuu, yang menetap di Semanjung La Guajira, Columbia.
Apa yang lebih mengejutkan ibu bapa mereka membenarkan seks di bawah umur dan terjawab la persoalan kita mengapa budak tue boleh mengandung, rite? Peribumi Wayuu nie mempunyai keistimewaan dan perlindungan untuk mengekalkan kedaulatan dan warisan budaya tertentu termasuklah membenarkan seks di bawah umur.
credit to: http://akustressgiler.blogspot.com
Kalau nak baca petikan penuh baca sini. SINI!SINI!
P/S: CZ tak pasti nie cerita betul atau tak. Waullahu'alam.
Friday, 6 April 2012
Cik Zuzu feat. Etude House!
Assalamualaikum.
Semua wanita di dunia ni inginkan kulit yang halus mulus macam kulit baby kan? ada tak yang tak nak? meh meh habaq sat kat chek sapa yang tak nak *loghat kedah yang berterabur..haha
Ok, kenapa Cik Zuzu feat Etude House? eh eh jangan pula fikir yang CZ salah satu model untuk Etude House pulak..haha *just kiddin' Sebenarnya minggu lalu CZ start try pencuci muka dan acne gel lotion dari Etude House.
CZ just try guna dua jenis produk nie sahaja, coz CZ takot la nak try banyak-banyak..
AC Clinic Gel Lotion
Produk nie sesuai untuk kulit yang mudah tumbuh jerawat macam CZ nie. Yang CZ paling suka sangat tentang lotion nie, lotion nie kalau kita pakai trus meresap ke kulit muka dan tak la kita rasa something oily dkat kulit muka. Caranya senang sahaja, just sapukan kat muka. senang kan?
Harga: Rm40++
*Tapi CZ beli RM20 sebab ada promosi..hehe..
Baking Powder Pore Cleansing Powder WashProduk nie pown sangat sesuai untuk jenis kulit muka yang berjerawat atau sesiapa yang suka bermekap. Produk ni akan membersihkan kulit muka kita sehingga ke dalam pori-pori muka. Pencuci nie dalam bentuk serbuk atau powder, kalau sekali pandang memang sebijik dah macam baking powder yang mak kita selalu guna untuk buat kek coklat. *hehe . Cara nak guna sangat simple, ambil serbuk tu then basahkan dan sapu la kat muka macam biasa. Oh lupa nak bagitau, yang pencuci muka nie tidak menghasilkan buih.RM33++
Dalam seminggu CZ guna nie, CZ dapat rasakan perbezaan kat muka CZ.. Jerawat pown dah kurang-kurang sikit.. ^^
P/S: Sesiapa yang gunakan produk yang sama sila la bagi pandangan anda tentang produk nie. CZ pown nak tau jugak pandangan anda.
Tuesday, 3 April 2012
Tutorial : Cara nak remove timeline FB
Assalamualaikum.
Mesti ramai yang agak tak suka dengan Timeline FB kan? OK. bagi yang tak suka tu, CZ ada cara untuk remove timeline FB. Macam mana? Rajinkan diri untuk baca entry nie. okay?
1. Korang pegi ke laman web www.timelineremove.com atau klik ja gambar kat bawah nie.
2. Kemudian pilih browser yang korang gunakan dan klik untuk download.
3. Dah download kan? Then kat bawah tue tekan butang 'save'.
4. After tekan butang 'save' tue, akan muncu la kotak macam kat bawah nie. Korang tekan la install.
5. Last sekali, just refreash page FB korang and TADAAAA!! no more timeline.
Selamat Mencuba!
p/s: kalau tak jadi, boleh tanya CZ k. Jangan segan pula.
Monday, 2 April 2012
MAGNOLIA PERT GIVEAWAY 2012
Assalamualaikum para bloggers!
Tadi CZ sedang jalan2-blog dan ternampak la Giveaway nie. Syaratnya sangat simple dan membuatkan CZ nak join. *nak yang senang ja kan. Anda, anda dan anda semua pun jomlah memeriahkan Giveaway nie. Jom jom!
cantiknya jam!! *nada eksaited*
Sesiapa yang berminat sila la klik kat banner tue ya. ^^
Sunday, 1 April 2012
Sedikit Usaha untuk Menyembuhkan Rabun Jauh
Assalamualaikum semua.
Apa khabar u olls? Sihat-sihat jak kan? CZ pown sihat sentiasa. Hurmmmm, CZ nak tanya pembaca-pembaca blog nie *eh, ada erk yang baca *, sapa yang rabun jauh? CZ pown rabun jauh since Form 1 tapi skrang nie makin teruk. sob sob.
Hari nie CZ nak kongsikan sedikit usaha yang kita boleh lakukan untuk menyembuhkan rabun kita. eksited tak nak taw? eksited tak? eksited tak?
Cara nie pown CZ dapat taw dari FB, rasanya insyaallah berkesan. *CZ pown belum try lagi.hewhew
1) Baiklah, first thing first, kita kena tunggu awal bulan taw. tak boleh tengah bulan atau hujung bulan. paham?
jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, jika tak dapat jugak, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan
itu.
Seterusnya,
2) Dah nampak kan bulan tue, kita hendaklah menyapukan tangan kanan kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
3) Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."
4) Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.
5) Last sekali ucapkan la pula doa ini sebanyak 1 kali:
"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah,
Engkaulah yang menyihatkan"
Hah, senang kan? Pepatah Melayu mengatakan 'usaha tangga kejayaan', so kita kena la berusaha untuk mengurangkan rabun kita, right?

*CZ time pakai spectacles. =)
CZ yang kat belah kiri ya.
Selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)















