Monday, 7 November 2016

After One Year

Its been awhile juga la blog ni terabai haha.

   So ya I already had my convocation on erm few months back (April 2016) . I am officially a Bachelor (Hons) in Accountancy 's holder (Alhamdulillah).  Berjaya juga habiskan Degree walaupun dugaan tu sangat la susah and bila ingat balik sem 8, it was the most difficult semester for me. Dengan assignment yang berlambak and it like almost everday we all kena buat presentation T.T

   I did mention in my last post that I want to pursue my ACCA at Dublin Business School but unfotunately due to unfavourable circumstances I was not able to do that 😢 But, I was offered by Yayasan Peneraju to continue my ACCA at Intec Education College and I accepted the offer. And, now I only left with 3 more papers (Yeayh!) , 2 papers which I will attempt this December (yup I know the exam is only around the corner 😅) 

   So, I will update on the next post macam mana I got the Yayasan Peneraju scholarship and the stages from the interview until I received the offer letter from Yayasan Peneraju and Intec. Thats from now, see you! 

Sunday, 25 January 2015

My next step : ACCA

Assalamualaikum.


Entah berapa lama dah aku tak update blog ni. Eh, sedar tak sedar lagi aku dah nak masuk last sem untuk degree (dan lagi seminggu nak habis intern. Yeayhhh!!). So thats means aku akan memegang segulung Ijazazah Sarjana Muda in Accountancy (aminnn).


So, since dah nak habis degree ni aku memang bercadang nak sambung ACCA. Aku dan kawan kawan aku fikir nak sambung dekat Dublin Business School since ramai (senior my friend) kat sana. Sekarang ni (as 25.1.2015) kami kena buat passport dulu sebab bila nak apply DBS tu dorang akan minta no passport.


Setakat ni kami just fikir itu ja, malas nak serabutkan otak. Well, aku ada jugak baca blog macam mana nak sambung belajar kat luar negara, memang banyak kerja. Nak buat ietls la, nak cari sponsorship la, buat visa and so on.

So kita buat satu satu dulu. Good luck for me! Haha


Ada ke sesiapa kat sini ada pengalaman nak sambung belajar kat oversea or maybe yang tengah ambil ACCA? Mind to share, please?


Bye!

Friday, 30 May 2014

Pimple x Perla Coffee


Dah lama tak jenguk blog aku yang satu ni. Salam dan apa khabar semua?

Pepagi buta ni rasa macam nak meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati ini. ewahhh ayat nak gempak jee kan. haha

Macam ni ceritanyaa....

Sejak dua menjak ni, aku dengan cik jerawat ni berpisah tiada. Bagai isi dengan kuku. Bagai * insert peribahasa yang sesuai*

So, apa yang aku buat, aku toyoh tonyohkan jerawat tu dengan ais batu. Aku ada google yang ais batu ni boleh kecutkan jerawat tapi makan masa la. Takdanya kau buat sekali terus jerawat tu hilang macam tu je. Its take time. Plus, aku dah lama nak cuba benda ni yang sekarang ni tengah meletop letopzz kat pasaran sekarang. Cuba teka?










 Gambar ihsan dari Uncle Google.



Yes! Perla Coffee. Err rasanya aku tanya pun korang dah tahu dah kan. Dari tajuk pun boleh agak dah. Duuushhh! *my bad*


Hari ni baru masuk dua hari minum, so far tak nampak lagi perubahan. Coffee ni sedap gila sampai tahap nak minum banyak banyak kali! Tapi tapi maximum just 2 sachet ja sehari.

Sapa tak nak putih gebusss kan and kulit muka yang halus mulusss. 

Ada tak sesiapa yang pernah minum Perla Coffee ni? Share la sikitt kat ruang comment... hehe



Adios!




Tuesday, 23 April 2013

Dunia Degree Yang Penuh Duri dan Ranjau


Im back! Setelah lama tak meng'update' blog ni, setelah lama tak blog-walking, setelah lama jari ini tidak menari-nari di atas papan keyboard and yeah I AM BACK! Well, sekarang ni tengah cuti mid-term tu yang boleh menghadap blog ni dan siap menaip entry terbaru untuk blog kesayangan. Kalau tak jangan harap la aku nak update blog ni, apatah lagi nak buka laptop kan. PENAT. 

Itu saja untuk mukadimah aku. Berbalik kepada tajuk entry aku hari ni, 'Dunia Degree Yang Penuh Duri dan Ranjau', eh dah macam tajuk novel pun ada kan. Hehe. Ok lawak hambar. Baiklah sepanjang beberapa bulan ni (nak dekat 2 bulan sebenarnya) aku telah belajar menyesuaikan diri di tempat baru, cara pembelajaran baru, makanan baru(eh?) dan sebagainya untuk aku survive di sini. 

So, apa yang aku dapat belajar setelah memasuki Dunia Degree ini:

1. Study Last Minute is A Big NO!

Aku tahu ramai antara kita dan mungkin anda yang tengah baca entry ini suka atau menggemari study last minute. Esok nak exam or test or quiz, haa malam tu la baru terhegeh-hegeh nak buka buku, copy nota dari kawan, betul tak? Aku pun tergolong dalam golongan ini. TAPI itu dulu tau. Aku pun tak tau sejak bila aku berubah (eceh), tup tup tup aku dah study seminggu awal before test. SEMINGGU weyhh bukan sehari and TEST weyh bukan Final Exam. Then aku baru perasan time degree ni jangan la kau mengada study last minute, memang takkan punya dapat jawab soalan time test atau final exam. Kalau tak pun takkan sempat punya nak habiskan baca semua chapter yang masuk. Trust Me. Aku dah try dah. Lagi satu Degree ni kebanyakkannya subjek membaca tak banyak kira kira (untuk accountancy la, yang lain aku tak tau), so kita kalau nak study tu mesti la nak fahamkan subjek tu jugak kan takla menghafal membabi buta.

2. Study Group

Study group sangat penting bila dah nak dekat final exam ni. Kita boleh discuss dengan kawan-kawan jika ada masalah dalam sesuatu subjek. Kalau aku, aku suka buat study group  yang melibatkan subjek menghafal. Kenapa? Senang nak hafal weyh! Aku ni selalu ada masalah short-term memory. So untuk memudahkan aku menghafal aku ajak kawan aku study sama sama. Walau bagaimanapun, mesti korang kata study group kurang berkesan kan, eya lah nanti bukannya belajar tapi lebih kepada berbual kosong. Bagi aku tu terpulang macam mana kita handle study group tu. Paling penting jangan buat study group yg consists 10 orang atau ramai. 3 hingga 4 orang dah cukup. 


3. Get Your Beauty Sleep

Tidur. Sangat penting untuk kita mendapatkan tidur yang cukup. Tidur yang mencukupi akan memberikan kita tenaga untuk menghadapi hari yang sukar. Seeloknya 6 jam sehari. Tidur petang tak termasuk erk. Sekali lagi, kenapa tidur yang mencukupi amat penting? Tidur yang tidak mencukupi (tidur lambat) akan menyebabkan potensi untuk ponteng kelas amat tinggi. Betul kan adik adik? Aku dah pernah lalui dah. Aku pernah sekali.. ok banyak kali ponteng kelas terutamanya kelas pagi. Kenapa aku ponteng? Ya semuanya disebabkan lambat tidur. So adik adik sekalian, make sure get your own beauty sleep!



Aku rasa itu ja yang aku boleh kongsikan berdasarkan pengalaman aku selama 2 bulan. Apa-apa pun Degree memang best! Even boleh buat kita pecah kepala oh and aku baru teringat yang aku pernah rasa putus asa sebab level Degree ni dah susah kan. Tapi  aku bersyukur mempunyai kawan dan ibu bapa yang tak pernah putus memberi dorongan. Love you alls! 

Salam.


Thursday, 28 February 2013

Third Language



Assalamualaikum.

Aku sekarang pening nak ambik third languange ni. Mandarin atau Korea?

Pening pening @.@


Itu sahaja yang nak diluahkan dekat blog kesayangan ni. 


Bye!




Friday, 15 February 2013

MODA MODA


Assalamualaikum. <3


Moda? Mesti korang confuse kan apa benda 'moda' ni. kan kan? Adakah ia merupakan nama kucing, sejenis makanan atau minuman? Siapa tahu, sila angkat kaki? Hehe

Perkataan MODA ni pun aku baru tahu beberapa jam lalu (ketika entry ini ditaip). Comel ja kan perkatan ni? Tak? Baik cakap ya! *hunus pisau*

Baiklah baiklah. Sebenarnya MODA ni merupakan perkataan SPAIN yang bermaksud fashion, vogue, trend, look, style and the list go on. Yang lain lain sila la google sendiri yee. Jangan malas malas. MODA MODA tue saja ja nak bagi comel apabila disebut. Comel dak? *kelip kelip mata*

Tapikan sebenar-benar-benarnya kan, tu bukan la point utama aku untuk menaip entry ini. Siapa dapat agak? Klunya adalah maksud moda itu sendiri. VOGUE. FASHION. STYLE. Siapa dapat agak memang la brilliant, genius girl! err boy(?).

Saja nak mengedik untuk promote my PAGE! Eh bukan page untuk FANPAGE ya. NO NO NO~~. Aku belum layak lagi untuk ada FANPAGE sendiri. sob. sob. Tetapi ini adalah PAGE yang menawarkan anda baju/blouse/skirt fesyen terkini yang terhangat di pasaran!

SO boleh la like PAGE tue ye and shopping! Orang pompuan suka kan shopping, lagi lagi dengan harga yang berpatutan. SO silalah terjah MODA MODA!

Kat tepi belah kanan blog ni pown ada link MODA MODA ye. hikhik.

Jangan malu jangan segan yee. :)

















Last but not least, 'Be a moda with MODA MODA'.!


Bye and assalamualaikum. <3






Tuesday, 5 February 2013

SEGMEN TINGKATKAN FOLLOWERS & TRAFIK BLOG


Assalamualaikum

Jom join segmen ni. Sementara aku free and takda benda nak buat. Luangkan masa ni untuk join segmen-segmen macam ni. Boleh menambahkan kenalan!





KLIK SINI kalau nak join.




Friday, 1 February 2013

MY TESTIMONI : A-DHA SKIN CARE

Salam semua pembaca-pembaca blog ni.


Pernah dengar tak A-DHA SKIN CARE? Pernah tak? If tak pernah, korang memang sangat sangat la RUGI! Kenapa rugi? meh sini saya bagitau.



First of all, A-DHA Skin Care ni berasal daripada Indonesia and sekarang ni product A-DHA tengah hot selling weyhhhh! Semua yang try A-DHA tak pernah lagi mendapat efek yang mengecewakan(setakat ini). 





Adha ada dua set. Set Pink and Set Hijau. Set Pink untuk kulit normal yang berumur 20 tahun ke atas. Set Hijau pula untuk kulit yang sensitif dan berumur 40 tahun ke atas.


Dengan adanya A-DHA, kita boleh mendapatkan kulit yang halus mulus macam pelakon Indonesia. Sapa tak nak kan kulit yang halus mulus kan?

And the best part, after penggunaan 1 bulan (setiap individu berbeza) anda tak perlu lagi pakai mekap tebal-tebal untuk keluar! Just pakai krim siang A-DHA! Menarik bukan?



Pengalaman saya sendiri:

Kulit muka saya jenis yang berminyak and ada bekas jerawat yang degil yang tak nak menghilangkan diri. Geram hokay dengan bekas jerawat ni, boleh mencacatkan penampilan kita kan. Dah tu, kulit muka pun kusam. :(

Then sya try A-DHA (sabun+krim siang+krim malam+serum). First 3 days, saya just gunakan sabun+serum, ini untuk memastikan if produk ni sesuai atau tak. Hari ke-4 baru saya pakai krim siang dan malam. Dalam masa seminggu bekas jerawat saya yang degil tak nak hilang tue makin pudar and liang-liang roma makin mengecil. Tersangat la best! 

Masuk minggu ke-2, bekas jerawat tu mmg dah makin makin pudar! And paling best kazen saya tegur yang pipi saya pinkish! Siap tanya lagi if saya pakai blusher. Haaaa tu baru kesan 2 minggu. Kulit muka pun dah semakin cerah. Suka sangat!

Love A-DHA!


p/s: Next time, saya bagi pic pulak untuk menunjukkan perbezaan after penggunaan A-DHA.

Interest? PM me at FB: Moda Moda or email me at mirrorswardrobe@ymail.com for the best price!

Also open for wholesale!

See ya! 





Wednesday, 30 January 2013

WEB DRESS!




Salam kawan-kawan.

Entry hari ni saya saja ja post. Untuk mempromosikan online shop saya. And dekat bawah ni yang latest la. WEB DRESS! Sooooo lawa hokeyyy...

And there are 8 different colours available! :0























Interested?

Tekan laju-laju DEKAT SINI!


See ya!.





Monday, 14 January 2013

My New Online Shop! Yeayhhh

Salam kawan-kawan!

Saya nak kongsikan berita gembira. Yes sangat-sangat mengembirakan saya, and maybe uolls yang menggemari korean fashion!

You know what? I have my own online shop now! Alhamdulillah, akhirnya impian saya ingin memiliki online shop dah tercapai. Tapi saya masih budak baru lagi :) 

Ini link Online Shop saya: KLIK SINI

Jangan malu dan segan yee. Sila la datang :)








Antara item yang boleh anda order! 



Jom jom!





Sunday, 28 October 2012

Hair Chalk



Assalamualaikum! Before tu, Selamat Hari Raya Aidiladha. Mesti semua best kan tengok lembu-lembu tumbang. heeee and paling best makan daging lembuuu. Kan? Kan? *high five*

Aku tak mau la cerita pasal hari raya sebab aku tak dapat beraya dekat my hometown. T.T *mood sedih*

Untuk mengurangkan rasa kesedihan aku, meyh tengok gambar ni saaatttt..














Cantik-cantik kaler rambut diorang ni kan? Aku tengok gambar ni terus rasa nak kaler rambut aku. Tapi tak boleh la as a Muslim kannn.

But but..


Now, kita boleh kaler rambut kita tanpa memikirkan either wudhu' kita sah atau tak, sebab kaler ni akan hilang like woooshhhh after kita basuh rambut. Yes, kaler ni not permanent.


So, this is it!



HAIR CHALK!


Hair Chalk ni available dekat Daiso Japan with price RM5! Sangat affordable kan? Dahla murah and kita boleh main kaler-kaler rambut macam pic atas. 

Cara-cara menggunakan HAIR CHALK ni boleh TEKAN SINI.


Thats all! See yaa.




Wednesday, 15 August 2012

I'm back home, babyyyy!!!

Assalamualaikum!
*baca dengan nada eksaited*


*ambik kain buruk* *lap sikit blog nie* *fuh fuhhh* Ok siap bersihkan blog. hehe.

Well, sekarang ni aku rasa kebanyakan dah pun selamat sampai ke pangkuan keluarga tidak pun dalam perjalanan menuju ke destinasi masing-masing. Aku pun alhamdulillah selamat sampai ke pangkuan keluarga yang berada di Tawau, Sabah setelah hampir 2 3 bulan tak balik. 

Hari ni merupakan puasa pertama aku di rumah tercinta. Bestnya, hari nie buka puasa pukul 6.30 pm! Wuhoooo (~'')~ ~(''~)..

So, macam mana persediaan raya korang- korang semua? Baju raya dah beli? Kasut? Handbag? Kalau perempuan mesti semua pun nak baru kan. haha. Tapi jangan sampai membazir okey kawan-kawan.

Sebelum aku mengundurkan diri, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam. Andai terkasar bahasa, ampunkan la semua kesalahan aku ok? Kosong-kosong ok?




Saturday, 16 June 2012

Kenapa Saya Menyepi?

Assalamualaikum.


Rindu CZ tak? haha. okey just kidding. last tym CZ update blog ni bulan may. oh, dah satu bulan! lamanyaa..kan kan. biasalah bulan may hari tue CZ ada final exam and alhamdulillah CZ dapat result yang okey. XD

Selama CZ menyepi, CZ buat banyak benda, err tak la banyak just bercuti di rumah. hikhik. meluangkan masa dengan family.

Selama 3 minggu cuti hari tu, CZ tak la jalan pegi mana-mana pun. dok rumah then p KK kejap. ok before tue korang pernah makan nie tak?


Pisang goreng cheese!

Nampak sedap kan? Memang sedap pun. hikhik. Benda ni fames tau dekat Sabah. *telan air liur* 


me! bahaha.. sangat selekeh.

Then, jejalan pegi KK kejap and temankan bapa CZ yang ditransfer ke KK. *sob sob*.

 *mount kinabalu!*




Ambil gambar berlatarbelakangkan gunung kinabalu. cantik sangat view kat sini. =)

Dekat KK tue, CZ just jejalan pegi shopping mall. Rasa rugi pulak tak melawat pulau-pulau yang berdekatan.  *sigh*. 

And now, CZ dah ada kat shah alam! Meneruskan perjuangan seorang pelajar di UiTM sebagai pelajar sem 4. cepat masa berlalu kan. hikhik




bye! see yah next time!

Thursday, 10 May 2012

Unofficial Batch Dinner!

Assalamualaikum.


Hi korang!! Hari ni baru ada masa dan ter'over' rajin nak update blog kesaynagan CZ ni. Sebenarnya tak la rajin  sangat, just CZ eksaited nak kongsi pengalaman CZ dengan korang-korang semuaaa.. Ok, selama 3 sem CZ belajar dekat Puncak Perdana, kami tak pernah langsung ada dinner unless dinner dean list. Itu pun sekali. sob sob. 

Walaupun dinner semalam (09/05) adalah unofficial dinner tapi semalam was an awesome night! Dalam pukul 6.45 pm kami bertolak ke Aroma Ikan Bakar terletak di Jeram, Kuala selangor dan perjalanan mengambil masa 45 minit. Kami menggunakan bas UiTM untuk sampai ke destinasi dan CZ sempat mengimbau kenangan time zaman kecik-kecik yang eksaited gila kalau ada trip sekolah. miss my old days. 

Before sampai ke Aroma Ikan Bakar, kami sempat menunaikan solat Maghrib di masjid berhampiran. Pukul 8.10 kalau CZ tak silap, kami sampai ke destinasi. Sampai-sampai ja AIB, CZ pelik sebab tak ramai orang then baru CZ sedar yang hari tue weekdays. nasib baik kalau tak mesti sesak. 

Setibanya kami di meja makan yang telah ditempah awal-awal oleh Puan Laila (our lecturer TAX), kami dihidangkan dengan pelbagai makanan yang sangat sangat yummy! Ikan 3 rasa. Sotong goreng tepung. Ikan pari bakar. Mix vegetable. Tomyam. and Udang (tak ingat masak apa?). So yummyyy and delicious! especially Ikan 3 rasa. Macam happy big family pulak. Duduk dekat meja panjang. makan ramai-ramai. =)



See that food? So yummy kan..nak ikan 3 rasa tueee...nak lagi! nak lagi




 
Me Gusta!


Sambil-sambil tunggu semua orang ambil tempat duduk masing-masing and baca doa ramai-ramai, ok ada masa untuk ambil gambar sendiri! XD



Kitorang gambar guna phone ja. sob sob. tak mampu nak beli DSLR. =P




After dah selesai makan, Puan Laila bagi kami masa untuk ambil gambar atau jalan-jalan kat tepi pantai tue. and ini la hasilnya...













That was an awesome night!



Bye! Kami dah nak balik PP. =)

Wednesday, 9 May 2012

WW #4 : My Parents.

Assalamualaikum




Miss my parents so much ='(

Tuesday, 8 May 2012

Tiket Oh Tiket!

Assalamualaikum.


Siapa pernah mengalami situasi dimana anda telah membeli tiket tak kira tiket la tiket bas atau tiket flight atau sewaktu dengannya tapi tak lama kemudian korang dapat tahu yang tiket korang beli tu silap tarikh? Pernah tak? Pernah tak? Mesti rasa sedih dan nak melalak disebabkan dapat cuti sekejap jak di rumah kan. 

And.. itu lah yang CZ rasa selama dua minggu ni. sob sob. dah la CZ dah lama tak balik rumah. ermmm nak dekat 5 bulan jugak. CZ dapat tau jak yang CZ salah beli tiket flight, ya Allah rasa nak nangis2. eya la dah la tiket flight tue mahal pastu CZ rasa bersalah pulak dengan parents CZ. sebab diorang yang support tiket CZ.

new ticket. ^^

Tapi, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, right? Ingatkan CZ nak redha jak, tapi bila CZ check laman web airasia petang tadi after balik kelas, CZ ternampak yang sekarang nie ada promosi. Alhamdulillah. Boleh CZ cuti lama sikit dan luangkan masa bersama-sama family. Terus CZ ajak kawan CZ temankan beli tiket takot yang harga promosi habis. nasib baik tak mencecah RM300 untuk one way.

Tips: Better beli tiket baru kalau nak postpone tiket coz Airasia akan kenakan denda. Selalunya kita akan bayar hampir sama dengan tiket baru atau lebih sikit. ( applicable untuk tiket flight Airasia ).

Wednesday, 2 May 2012

Cinta Buat Emelda yang sangat best daripada....

Assalamualaikum.


Apa khabar u olls semuaa?? U olls layan tak Cinta Buat Emelda? Wooowooo~~~ jangan cakap korang layan Nadadadadada Cintaaa~~..haha...tak kan? CZ dah malas nak layan Nada Cinta tue sangat berjela-jela ceritanya...ntah apa jak diorang merapu. =.="

Ok. CZ tak nak cerita pasal Nada Cinta. Tapi Cinta Buat Emelda. Kalau korang perasan kan, sekarang nie fenomena yang melanda dunia 'kedramaan', dorang suka adaptasi novel kepada drama, kan kan? Setakat ni CZ sangat berpuas hati melayan drama Cinta Buat Emelda dan Gemersik Kalbu. Sangat best dan tidak mengecewakan.

Esok (03/05/12) akan berakhirlah Cinta Buat Emelda dan CZ pun akan rindu watak Aril Fatah yang super chomel dan super handsome itu. sob sob.*gatal* pastu pastu rindu dengan mia sara yang chomel dan sangat petah bercakap..dan watak emelda yang sangat menjadi. superb la almy nadia (Y)..oh oh..CZ pun suka pasangan Emeriz dan Azida..shooooo suwwiittttt...

CZ ska CBE ni sebab semua watak2 yang dimainkan sangat menjadi dan pelakon2nya pun tak la kaku sangat. Dan episode hari ni(02/05) mampu membuat CZ menangis teresak-esak..kesian emelda kan..T.T

Rasanya cerita nie lagi best kot daripada Ombak rindu? errr.. ('.' ) ( '.') kan?



curi gambar dari kepalabergetar..hikhik..


Sunday, 29 April 2012

Freebies: Assalamualaikum


http://i.imgur.com/T98H5.png



http://i.imgur.com/esp2R.png 



http://i.imgur.com/Lwmvx.png



http://i.imgur.com/Ld8XV.png 





p/s: ambil la yang mana berkenan ^^

Saturday, 28 April 2012

Tutorial:Design Layout Blog Sendiri (FOOTER)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya sampai la ke part yang terakhir untuk design blog korang..hehe..Ok footer ni bahagian bawah sekali blog korang. So kita mulakan erk..


1.

Tickkan kotak expand widget templates dan tekan ctrl+f untuk memudahkan pencarian. Sekarang, cari code nie:

#footer {

Dekat bawah  code tue, korang akan jumpa code yang macam nie..

#footer {
width:660px
;clear:both;
margin:0 auto;
padding-top:15px;
line-height: 1.6em;
text-transform:uppercase;
letter-spacing:.1em;
text-align: center;
}

2. Pastue korang highlightkan code dekat atas dan just gantikan dengan code yang dekat bawah nie.

#footer {
clear:both;
margin:0 0 0 0;
padding-bottom:70px;
padding-top: 20px;
line-height: 1.6em;
text-transform:normal;
letter-spacing:.1em;
text-align: center;
background: url(Masukkan URL Footer Anda Disini)no-repeat bottom center;
height: auto;
}

3.Ok, korang nampak kan perkataan 'masukkan URL Footer Anda Disini' yang  warna merah tue, korang letakkan url image yang korang nak jadikkan footer.


4.Create new files dekat photoshop dengan width 1000px. height tak kisah berapa pun. nie contoh footer yang CZ buat.




Upload footer yang korang buat di SINI atau SINI dan dapatkan image url.


5.Kalau dah siap, blog korang akan nampak macam nie. Dah siap!




CZ buat nie ada silap cikit kat bahagian footer tue..hehe..tapi korang mesti lagi teror kan dari CZ bab design2 nie. so wish u luck!

p/s: CZ gunakan tutorial ini untuk design blog CZ =)

Thursday, 26 April 2012

Sehari Bersama Menyambut Birthday Si Dia =)

Assalamualaikum.


Penat CZ jalan-jalan satu hari ni..tapi penat-penat pun still rasa happy sangat sebab dapat luangkan masa dengan si Dia (birthday boy!). Dari pukul 11.30 pagi sampai la dekat pukul 9 malam, baru kami balik puncak. *adik-adik jangan tiru aksi nie taw, mesti balik awal.*

First, kami pergi ke Secret Recipe untuk menghilangkan rasa lapar sebab belum sarapan lagi. so kira macam brunch la jugak. Ok untuk CZ, CZ order nasi goreng dengan sate atau fried rice with satay. korang dah pernah try? CZ ingat nak ambil gambar untuk tatapan korang *sebenarnya nak bagi jeles..hehe* tapi sampai ja order, terus CZ makan*lapar sangat*..dah tinggal separuh baru CZ ingat nak ambil gambar..huhu

Yang birthday boy pulak makan chicken lasagne..CZ tak tahu apa yang sedapnya..masing-masing ada selera masing-masing kan. CZ nie jenis yang suka makan nasi, western food kurenng sikit. CZ sokong masakan melayu! haha




Nie la birthday boy!


Hah part yang paling eksaited sekali. Dah lama CZ mengidam makan split banana...and termakbul jugak  hajat CZ sebab dekat secret recipe ada banana split! sangat teruja hokeyyy..




Sangat sedappp..guuulppp*sambil telan air liur* rasa nak makan lagi...


Selesai makan, CZ jejalan kat Sunway sampai la kaki kami sakit..hehe macam takda keja jak kami nie kan..

Before balik, kitorang sempat tengok Battleship! Thumbs up la untuk cita ni. sangat best. dan berbaloi la duit Rm12 tueee..Tengok tawww..sangat rugi kalau tak tengok..




Itu sahaja entry kali nie. Bye!




duckface =.="